SUMBANGAN POLITIK CHINA
Pada 28/10/2014, kami telah membuat beberapa kajian tentang sumbangan Tamadun China Hwang Ho melalui interrnet serta nota-nota dan buku-buku sejarah. Hasil yang diperoleh telah kami gunakan sebagai isi-isi di blog kami.
SUMBANGAN POLITIK TAMADUN CHINA
SUMBANGAN POLITIK TAMADUN CHINA

Selain itu, maharaja juga berperanan dalam melantik golongan pembesar sama ada pembesar pusat mahupun wilayah. Perlantikan ini dijalan secara peperiksaan iaitu lulus dalam peperiksaan awam China pada peringkat pusat, wilayah dan kampung.Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti juga diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20. Konsep ini berdasarkan prinsip Confucianisme.

Maharaja China juga
berperanan dalam pengubalan undang-undang. Sistem perundangan yang digubal akan
memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan
untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat. Maharaja juga menjatuhkan
hukuman termasuk hukuman bunuh.
Maharaja
bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara dengan bantuan
golongan pembesar yang berperanan dalam bidang keselamatan terutama sekali
golongan bangsawan dan juga tentera.
0 Response to "SUMBANGAN POLITIK CHINA"
Post a Comment