POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
Pada /11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang perkembangan politik orang cina di Malaysia. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.
MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau

Orang Cina mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina atas desakan dasar pentadbiran British dan kepimpinan Melayu. MCA merupakan antara parti terawal yang ditubuhkan pada 1949 yang menumpu sasaran kepada isu kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat oleh pentadbir-pentadbir British tertentu. Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam politik.
Dewasa ini, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu medium bagi memastikan survival bangsa Cina di Malaysia kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Berbeza dengan orang Melayu, parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam masyarakat cina, di mana terdapat Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO yang lebih berpengaruh berbanding dengan parti-parti politik dalam masyarakat Cina di Malaysia. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.

Orang cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan walaupun terdapat banyak persamaan politik orang cina di negara lain dengan Malaysia.Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.
0 Response to "POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA"
Post a Comment