PENGENALAN
PENGENALAN TAMADUN HWANG HO DAN TAMADUN CHINA
Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.
Pembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petampatan awal di kawasan tersebut. Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hang Ho.
Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.
PENGENALAN KAUM CINA DI MALAYSIA
Seperti yang kita tahu, Malaysia terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-
lain. Kewujudan kaum Cina di Malaysia bermula daripada penghijrahan besar-
besaran yang bukannya bermula selepas pihak British mula menjajah Tanah Melayu
malah lebih awal lagi iaitu pada awal abad ke- 15 Zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
Pada
masa itu, Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Bainda Tuan
Puteri juga membawa rombongan yang terdiri daripada golongan bangsawan,
pengikut- pengikut, dan hamba- hamba dari Negara China yang kemudiannya
membentuk satu komuniti apabila ada di antara mereka yang berkahwin dengan
penduduk tempatan.
Pada abad ke- 19 dan 20, orang Cina telah berhijrah secara besar- besaran dan kebanyan imigran yang datang berasal daripada selatan China iaitu Wilayah Kwangtung, Hainan, dan Fukien. Mereka telah membentuk penempatan di kawasan perlombongan bijih timah . Penghijrahan masyarakat Cina ini disebabkan oleh Inggeris yang memerluan tenaga buruh yang ramai untuk keperluan Revolusi Perindustrian di British.
Cara
kemasukan orang Cina di Tanah Melayu melalui pelbagai sistem iaitu system tiket
kredit, sistem kangchu, dan juga cara persendirian. Penghijrahan ini juga
didorong oleh pelbagai sebab. Antaranya adalah kepadatan penduduk di Tanah
Besar China, bencana alam dan juga kekacuan politik pemerintahan Manchu dan
masalah pengangguran.
0 Response to "PENGENALAN "
Post a Comment