SUMBANGAN EKONOMI CHINA
SUMBANGAN
Dalam bidang ekonomi,
peringkat awal tamadun China lebih mendorong kepada kegiatan pertanian. Hal ini
demikian kerana lokasi penempatan yang berdekatan dengan sungai, seperti Sungai
Kuning. Ekonomi yang utama adalah pertanian dan diikuti dengan ekonomi
sampingan seperti kegiatan berburu, penternakan dan industri logam, arang batu
dan teksil. Masyarakat tamadun China menanam padi sebagai tanaman utama mereka
dan pertanian telah menjadi asas ekonomi Negara China sejak kewujudan tamadun
Sungai Kuning sebagai tempat masyarakat tamadun China mendapatkan sumber |
Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun China |
Sumbangan tamadun China
dalam kemajuan pertanian sehingga kini adalah :
1. Memperkenalkan batas untuk
kaedah penanaman
2. Penciptaan alatan
pertanian seperti tajak, cangkul, penyisir tanah dan tenggala untuk membuat
batas
3. Pembinaan sistem pengairan
yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dan
mengawal banjir
4. Sistem parit yang mengasingkan
tanah padi kepada petak-petak sawah yang kecil
5. Sistem tanaman bergilir
untuk menjaga kesuburan tanah
6. Kawasan bukit diteres
untuk pertanian contohnya pada zaman Dinasti Shang
7. Penciptaan kolar kuda
untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta
penyisir tanah. Kolar kuda dapat menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa
mencekik leher kuda dan tidak mengganggu kelajuan larian kuda.
Batas untuk tujuan penanaman |
Kereta kuda dan kolar kuda untuk tujuan peperangan dan pertanian |
Jenis kolar kuda untuk menarik beban dan kereta kuda |
Tajak dan tenggala kayu |
Kawasan bukit yang diteres untuk tujuan penanaman |
Rantaian timba untuk melancarkan sistem pengairan |
Sumbangan Tamadun China
dalam mengusahakan ekonomi tekstil adalah :
1. Mengadakan hubungan
perdagangan dengan Negara luar seperti India, Rom dan Sri Lanka semasa Dinasti
Han
2. Menghubungkan Jalan Sutera
Darat ( Silk Road ) untuk mengeksport kain sutera
3. Penciptaan kincir menenun
Jalan Sutera Darat yang menghubungkan China dan negara luar |
Kaedah untuk membuat sutera |
salah satu sutera yang dihasilkan oleh masyarakat tamadun China |
Antara sumbangan Tamadun
China dalam industri logam adalah :
1. Penukaran alatan pertanian
daripada kayu kepada besi
2. Perusahaan membuat
tembikar dan logam
senjata yang dihasilkan daripada logam oleh masyarakat tamadun China |
KESAN
Perkembangan ekonomi
tamadun China memberi kesan kepada dunia hari ini dan tamadun China sekarang
lebih maju dan produktif dalam ekonomi mereka. Penciptaan dan mengadakan
perhubungan dengan kuasa luar memberi kesan yang besar kepada Tamadun lain dan
China sendiri. Antara kesan perkembangan perusahaan ekonomi dalam tamadun China
adalah :
1. Hasil perusahaan China
bukan sahaja didagangkan ke luar, tetapi didagangkan ke negeri China sendiri
2. Masyarakat China dapat meneruskan legasi turun temurun dalam ekonomi pertanian dan perdagangan
3. Hasil dapatan daripada kegiatan ekonomi dapat diteruskan dan menampung keperluan sesebuah
masyarakat
2. Masyarakat China dapat meneruskan legasi turun temurun dalam ekonomi pertanian dan perdagangan
3. Hasil dapatan daripada kegiatan ekonomi dapat diteruskan dan menampung keperluan sesebuah
masyarakat
NILAI POSITIF YANG BOLEH DITERAPKAN DALAM GENERASI SEKARANG
Sebagai generasi muda yang
akan menggerakkan sesebuah tamadun untuk menjadi lebih baik, banyak cara yang
boleh diberikan bagi memantu menigkatkan hasil pertanian Negara. Antaranya
adalah :
1. Meningkatkan ilmu dalam
bidang pertanian seperti mengambil kursus sampingan dalam ilmu berkaitan
teknologi pertanian sebagai manfaat kepada tanah
2. Membeli hasil produk
berasaskan hasil pertanian tempatan
3. Member persepsi positif
tentang pertanian adalah salah satu perniagaan yang memberi kebaikan
4. Membuat inovasi terhadap
teknologi pertanian
15 August 2017 at 19:50
wtf moment mrsm langkawi is not good place to do wtf moment
7 July 2019 at 07:06
31 January 2021 at 05:35
Mantapp wwkkwkw