Mari menabung


Amalan menabung dalam kalangan masyarakat cina tidak asing lagi. Amalan ini dipupuk sejak kecil bagi tujuan-tujuan tertentu. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, terdapat banyak kepentingan-kepentingan yang kita peroleh daripada amalan ini antaranya ialah :

1) memupuk amalan berjimat-cermat dan mengelakkan pembaziran
2) supaya kita lebih menghargai wang
3) mendisiplinkan diri 
4) kegunaan semasa kecemasan

*sila klik link diatas umtuk melihat video :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SEJARAH EKONOMI MASYARAKAT CINA


Pada 28/11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang sejarah ekonomi masyarakat Cina. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


           Seperti yang kita tahu imigran Cina datang ke Tanah Melayu untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Selain kepesatan ekonomi di Tanah Melayu, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka (Mahdi Shuid et al, 2011:101). Perkara ini menjadi salah satu hal yang menarik minat imigran Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Galakan daripada penjajah British untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang kepada imigran Cina disebabkan kekurangan tenaga buruh.

Kerja perlombongan dilakukan oleh buruh cina
Emigran dari China yang menjadi tenaga buruh

                                  
          Penanaman lada hitam dan gambir pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar juga menjadi salah satu faktor kedatangan imgiran Cina lada hitam dan gambir telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu. Hal ini disebabkan oleh sistem pertanian komersial yang diperkenalkan oleh British. Bijih timah mendapat permintaan yang besar hingga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu namun harga timah ini masih ditentukan oleh pembesar melayu.

Lada hitam yang diusahakan
Gambir yang diusahakan dalam sistem kangcu
          Tetapi ada juga imigran Cina yang bekerja sendiri selepas kontrak mereka tamat. Oleh itu, orang Cina mula berniaga dan mendiami kawasan bandar. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitaniaitu berniaga dengan kecil- kecilan. Daripada inilah mereka memperoleh kemahiran dalam perniagaan yang lebih besar.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TEMUDUGA POLITIK

Pada 23/11/2014, kami telah menemu bual beberapa respoden yang terdiri daripada kaum cina yang telah berumur bagi berkongsi pengalaman tentang keadaan politik pada zaman mereka.
Hasil yang kami peroleh digunakan sebagai rujukan dalam tugasan ini.


TEMUDUGA ORANG CINA DARI SEGI POLITIK


1) Apakah aspek yang diutamakan dalam parti politik orang cina?

Lim Wien Tzien, 74, Kg.Lepau, Kota Tinggi
Ekonomi  sebab utamanya bagi memastikan kelangsungan hidup. Orang cina banyak melibatkan diri dalam perniagaan, Kerana itulah aspek ini amat ditekankan. Selain itu, pendidikan. Orang Cina mahukan lebih banyak sekolah vernikular di dirikan bagi menampung pendidikan anak-anak cina. Selain itu, orang cina juga ingin lebih banyak kuota bagi pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

2) Selain daripada media cetak, apakah cara penyebaran yang lain untuk menyebarkan fahaman politik?

Sama juga seperti kaum Melayu, fahaman politik bagi kaum Cina juga menggalakkan penglibatan rakyat dalam politik melali majlis- majlis amal, majlis perayaan dan persatuan dan sebagainya bagi meraih undi.

3) Adakah orang Cina di Malaysia masih mengikuti perkembangan politik di negara China?

Bagi saya, saya masih lagi mengikuti perkembangan politik di sana melali akhbar dan televisyen. oleh kerana saya tinggal di Johor, mudah bagi saya memperoleh maklumat melalui siaran televisyen dari Singapura.

4) Terkesan atau tidak hubungan antara kaum dalam parti politik di Malaysia sekarang?

Tak, sebab semua orang ada hak memilih pemimpin dan parti masinng- masing. Bagi saya, saya akan memilih pemimpin yang berkaliber yang mementingkan rakyat. Kesannya, ia membolehkan pemimpin dan rakyat mengekalkan toleransi untuk kepentingan bersama.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA


Pada /11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang perkembangan politik orang cina di Malaysia. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau
penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis , dikenali sebagai kuli. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.


Orang Cina mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina atas desakan dasar pentadbiran British dan kepimpinan Melayu. MCA merupakan antara parti terawal yang ditubuhkan pada 1949 yang menumpu sasaran kepada isu kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat oleh pentadbir-pentadbir British tertentu. Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam politik.

Dewasa ini, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu medium bagi memastikan survival bangsa Cina di Malaysia kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Berbeza dengan orang Melayu, parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam masyarakat cina, di mana terdapat Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO yang lebih berpengaruh berbanding dengan parti-parti politik dalam masyarakat Cina di Malaysia. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.


DI Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa Cina menjadi wadah menyebaran pengaruh seperti bahasa, budaya dan kepentingan-kepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik. Selaras dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping kepentingan ekonomi dan suara politik mereka yang semakin nyaring, kaum Cina terus merancang dan mengeksploit ‘saluran-saluran kuasa’ dan instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang telah mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.



Orang cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan walaupun terdapat banyak persamaan politik orang cina di negara lain dengan Malaysia.Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

EKONOMI MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Pada 2/11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang kesan ekonomi masyarakat cina di Malaysia. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.

KESAN EKONOMI MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA


Masyarakat Cina di Malaysia

Sumbangan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi Negara sangat memberi impak kepada Malaysia sekarang. Hal ini dapat dibuktikan sejak kedatangan golongan imigran Cina di sebelum merdeka lagi. Menurut Francis Light, orang Cina merupakan aset terpenting dan dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British. Masyarakat Cina merupakan pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. Sebagai contoh, Lee Shin Cheng dan banyak lagi.

Lee Shin Cheng banyak memberi sumbangan kepada ekonomi Cina di Malaysia
                Pada zaman dahulu lagi kita sudah melihat masyarakat Cina mendominasi sektor perlombongan, perdagangan atau ekonomi, pentadbiran, dan kemudahan. Selepas merdeka, kedudukan ekonomi Cina amat teguh kerana kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal. Sebagai contoh, pemodal tempatan telah menubuhkan bank seperti Kwong Yik Bank pada tahun 1913. Selain itu, Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Lokasi masyarakat Cina di bandar telah membantu mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.
Kwok Yik Bank yang dikenali sebagai RHB Bank sekarang

Persatuan Cina di Malaysia

 SIKAP POSITIF YANG DITERUSKAN UNTUK MEMAJUKAN EKONOMI ORANG CINA
1. menggalakkan kerjasama antara syarikat atau peniaga
2. menggalakkan orang cina supaya berjimat cermat
3. menggalakkan orang cina mewarisi perniagaan keluarga
4. memastikan kemajuan ekonomi dan melindungi kepentingan masyarakat Cina

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS