SEJARAH EKONOMI MASYARAKAT CINA


Pada 28/11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang sejarah ekonomi masyarakat Cina. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


           Seperti yang kita tahu imigran Cina datang ke Tanah Melayu untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Selain kepesatan ekonomi di Tanah Melayu, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka (Mahdi Shuid et al, 2011:101). Perkara ini menjadi salah satu hal yang menarik minat imigran Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Galakan daripada penjajah British untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang kepada imigran Cina disebabkan kekurangan tenaga buruh.

Kerja perlombongan dilakukan oleh buruh cina
Emigran dari China yang menjadi tenaga buruh

                                  
          Penanaman lada hitam dan gambir pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar juga menjadi salah satu faktor kedatangan imgiran Cina lada hitam dan gambir telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu. Hal ini disebabkan oleh sistem pertanian komersial yang diperkenalkan oleh British. Bijih timah mendapat permintaan yang besar hingga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu namun harga timah ini masih ditentukan oleh pembesar melayu.

Lada hitam yang diusahakan
Gambir yang diusahakan dalam sistem kangcu
          Tetapi ada juga imigran Cina yang bekerja sendiri selepas kontrak mereka tamat. Oleh itu, orang Cina mula berniaga dan mendiami kawasan bandar. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitaniaitu berniaga dengan kecil- kecilan. Daripada inilah mereka memperoleh kemahiran dalam perniagaan yang lebih besar.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "SEJARAH EKONOMI MASYARAKAT CINA"

Post a Comment