POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA


Pada /11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang perkembangan politik orang cina di Malaysia. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau
penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis , dikenali sebagai kuli. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.


Orang Cina mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina atas desakan dasar pentadbiran British dan kepimpinan Melayu. MCA merupakan antara parti terawal yang ditubuhkan pada 1949 yang menumpu sasaran kepada isu kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat oleh pentadbir-pentadbir British tertentu. Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam politik.

Dewasa ini, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu medium bagi memastikan survival bangsa Cina di Malaysia kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Berbeza dengan orang Melayu, parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam masyarakat cina, di mana terdapat Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO yang lebih berpengaruh berbanding dengan parti-parti politik dalam masyarakat Cina di Malaysia. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.


DI Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa Cina menjadi wadah menyebaran pengaruh seperti bahasa, budaya dan kepentingan-kepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik. Selaras dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping kepentingan ekonomi dan suara politik mereka yang semakin nyaring, kaum Cina terus merancang dan mengeksploit ‘saluran-saluran kuasa’ dan instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang telah mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.



Orang cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan walaupun terdapat banyak persamaan politik orang cina di negara lain dengan Malaysia.Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA"

Post a Comment