Mari menabung


Amalan menabung dalam kalangan masyarakat cina tidak asing lagi. Amalan ini dipupuk sejak kecil bagi tujuan-tujuan tertentu. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, terdapat banyak kepentingan-kepentingan yang kita peroleh daripada amalan ini antaranya ialah :

1) memupuk amalan berjimat-cermat dan mengelakkan pembaziran
2) supaya kita lebih menghargai wang
3) mendisiplinkan diri 
4) kegunaan semasa kecemasan

*sila klik link diatas umtuk melihat video :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SEJARAH EKONOMI MASYARAKAT CINA


Pada 28/11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang sejarah ekonomi masyarakat Cina. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


           Seperti yang kita tahu imigran Cina datang ke Tanah Melayu untuk memperbaiki kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Selain kepesatan ekonomi di Tanah Melayu, syarat kemasukan yang longgar dan tiadanya sekatan yang dikenakan oleh kerajaan British juga menjadi penyumbang kepada kehadiran imigran Cina dan India secara besar-besaran di Tanah Melayu. Malahan British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh dari kalangan imigran ini berterusan. Untuk itu, British telah memberi jaminan keselamatan nyawa serta harta benda yang jauh lebih baik dari negara asal mereka (Mahdi Shuid et al, 2011:101). Perkara ini menjadi salah satu hal yang menarik minat imigran Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Galakan daripada penjajah British untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang kepada imigran Cina disebabkan kekurangan tenaga buruh.

Kerja perlombongan dilakukan oleh buruh cina
Emigran dari China yang menjadi tenaga buruh

                                  
          Penanaman lada hitam dan gambir pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar juga menjadi salah satu faktor kedatangan imgiran Cina lada hitam dan gambir telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu. Hal ini disebabkan oleh sistem pertanian komersial yang diperkenalkan oleh British. Bijih timah mendapat permintaan yang besar hingga muncul pengusaha Eropah dan China mengambil alih peranan pembesar melayu. Kedatangan pengusaha China pada awalnya dipantau oleh pembesar Melayu. Mereka mendapat kebenaran melombong dan menjual semula hasil timah ini kepada pembesar Melayu namun harga timah ini masih ditentukan oleh pembesar melayu.

Lada hitam yang diusahakan
Gambir yang diusahakan dalam sistem kangcu
          Tetapi ada juga imigran Cina yang bekerja sendiri selepas kontrak mereka tamat. Oleh itu, orang Cina mula berniaga dan mendiami kawasan bandar. Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitaniaitu berniaga dengan kecil- kecilan. Daripada inilah mereka memperoleh kemahiran dalam perniagaan yang lebih besar.











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TEMUDUGA POLITIK

Pada 23/11/2014, kami telah menemu bual beberapa respoden yang terdiri daripada kaum cina yang telah berumur bagi berkongsi pengalaman tentang keadaan politik pada zaman mereka.
Hasil yang kami peroleh digunakan sebagai rujukan dalam tugasan ini.


TEMUDUGA ORANG CINA DARI SEGI POLITIK


1) Apakah aspek yang diutamakan dalam parti politik orang cina?

Lim Wien Tzien, 74, Kg.Lepau, Kota Tinggi
Ekonomi  sebab utamanya bagi memastikan kelangsungan hidup. Orang cina banyak melibatkan diri dalam perniagaan, Kerana itulah aspek ini amat ditekankan. Selain itu, pendidikan. Orang Cina mahukan lebih banyak sekolah vernikular di dirikan bagi menampung pendidikan anak-anak cina. Selain itu, orang cina juga ingin lebih banyak kuota bagi pendidikan di peringkat pengajian tinggi.

2) Selain daripada media cetak, apakah cara penyebaran yang lain untuk menyebarkan fahaman politik?

Sama juga seperti kaum Melayu, fahaman politik bagi kaum Cina juga menggalakkan penglibatan rakyat dalam politik melali majlis- majlis amal, majlis perayaan dan persatuan dan sebagainya bagi meraih undi.

3) Adakah orang Cina di Malaysia masih mengikuti perkembangan politik di negara China?

Bagi saya, saya masih lagi mengikuti perkembangan politik di sana melali akhbar dan televisyen. oleh kerana saya tinggal di Johor, mudah bagi saya memperoleh maklumat melalui siaran televisyen dari Singapura.

4) Terkesan atau tidak hubungan antara kaum dalam parti politik di Malaysia sekarang?

Tak, sebab semua orang ada hak memilih pemimpin dan parti masinng- masing. Bagi saya, saya akan memilih pemimpin yang berkaliber yang mementingkan rakyat. Kesannya, ia membolehkan pemimpin dan rakyat mengekalkan toleransi untuk kepentingan bersama.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

POLITIK MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA


Pada /11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang perkembangan politik orang cina di Malaysia. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Orang Cina Malaysia ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau
penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis , dikenali sebagai kuli. Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau ( Ketua ), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum di bawa ke pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Mereka akan dibawa oleh orang tengah atau pemborong buruh dengan bayaran tertentu kepada pihak majikan.


Orang Cina mula mengembangkan kuasa politik melalui kongsi gelap haram dan persatuan persatuan cina atas desakan dasar pentadbiran British dan kepimpinan Melayu. MCA merupakan antara parti terawal yang ditubuhkan pada 1949 yang menumpu sasaran kepada isu kerakyatan. Mereka sedar bahawa parti mereka bukan hanya satu-satunya pelobi, malah pemimpin Cina seperti Tun Tan Cheng Lock disokong kuat oleh pentadbir-pentadbir British tertentu. Bermula dengan kerakyatan pada 1948 dan 1957 yang hakikatnya dipermudahkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu sendiri, orang Cina terus mengorak selangkah demi selangkah untuk menapak pada mulanya dalam ekonomi Tanah Melayu/Malaysia sehingga bilangan penduduk mereka telah menjana 29 peratus. Kini sasaran agenda baru mereka tertumpu besar dalam politik.

Dewasa ini, ramai di kalangan orang Cina Malaysia yang lebih celik politik dan menjadikan politik sebagai salah satu medium bagi memastikan survival bangsa Cina di Malaysia kerana masyarakat Cina adalah masyarakat minoriti yang sentiasa menggunakan pragmatism untuk mencapai objektif kelompok. Berbeza dengan orang Melayu, parti politik dalam masyarakat cina cuma menjadi salah satu alat atau wadah dalam memperjuangkan hak mereka. Dalam masyarakat cina, di mana terdapat Persatuan-persatuan Cina, Dewan-dewan perniagaan, dan pelbagai lagi NGO yang lebih berpengaruh berbanding dengan parti-parti politik dalam masyarakat Cina di Malaysia. Persatuan-persatuan inilah yang menentukan hala tuju politik kaum Cina, bahkan menentukan calon mana dan parti mana yang bakal di sokong oleh kebanyakan orang Cina dalam pilihanraya.


DI Malaysia, peranan yang dimainkan oleh akhbar dan majalah berbahasa Cina menjadi wadah menyebaran pengaruh seperti bahasa, budaya dan kepentingan-kepentingan kaum mereka, ekonomi dan khususnya politik. Selaras dengan kaum mereka yang bilangannya sedang meningkat, di samping kepentingan ekonomi dan suara politik mereka yang semakin nyaring, kaum Cina terus merancang dan mengeksploit ‘saluran-saluran kuasa’ dan instrumen demokrasi untuk memantap dan memperkukuhkan apa yang telah mereka kumpulkan untuk kaum mereka selama ini.



Orang cina amat bernasib baik dari segi status politik dan ekonomi setelah Malaysia mencapai kemerdekaan walaupun terdapat banyak persamaan politik orang cina di negara lain dengan Malaysia.Mereka di beri keistemewaan politik dan ekonomi yang boleh dikatakan sama dengan penduduk tempatan. Liberalisasi Malaysia telah meletakkan ramai orang Cina menjadi menteri utama dan hartawan yang kaya raya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

EKONOMI MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Pada 2/11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang kesan ekonomi masyarakat cina di Malaysia. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.

KESAN EKONOMI MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA


Masyarakat Cina di Malaysia

Sumbangan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi Negara sangat memberi impak kepada Malaysia sekarang. Hal ini dapat dibuktikan sejak kedatangan golongan imigran Cina di sebelum merdeka lagi. Menurut Francis Light, orang Cina merupakan aset terpenting dan dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British. Masyarakat Cina merupakan pembayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. Sebagai contoh, Lee Shin Cheng dan banyak lagi.

Lee Shin Cheng banyak memberi sumbangan kepada ekonomi Cina di Malaysia
                Pada zaman dahulu lagi kita sudah melihat masyarakat Cina mendominasi sektor perlombongan, perdagangan atau ekonomi, pentadbiran, dan kemudahan. Selepas merdeka, kedudukan ekonomi Cina amat teguh kerana kemahiran orang Cina berdagang dan juga sumbangan persatuan-persatuan Cina untuk mengumpul modal. Sebagai contoh, pemodal tempatan telah menubuhkan bank seperti Kwong Yik Bank pada tahun 1913. Selain itu, Konsep perniagaan ala kongsi telah membantu kaum Cina mengumpul modal dan mengukuhkan modal di kalangan komuniti mereka. Lokasi masyarakat Cina di bandar telah membantu mendedahkan mereka dengan satu sistem pendidikan yang baik.
Kwok Yik Bank yang dikenali sebagai RHB Bank sekarang

Persatuan Cina di Malaysia

 SIKAP POSITIF YANG DITERUSKAN UNTUK MEMAJUKAN EKONOMI ORANG CINA
1. menggalakkan kerjasama antara syarikat atau peniaga
2. menggalakkan orang cina supaya berjimat cermat
3. menggalakkan orang cina mewarisi perniagaan keluarga
4. memastikan kemajuan ekonomi dan melindungi kepentingan masyarakat Cina

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SEJARAH POLITIK CHINA

Pada 23/10/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang sejarah perjuangan China pada awal perkembangannya. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.


Seperti yang dipercayai oleh semua masyarakat kita, bangsa cina adalah masyarakat yang terkenal dengan sikap rajin, menepati waktu berniaga, pandai, bijak mencari keuntungan, bersifat agak kepuakan (chauvinis) terutama kepada bangsa lain ataupun sesama cina yang berlainan dialek dan puak. Masyarakat cina terkenal dengan semangat nasionalis nya yang tinggi. Ini berlainan dengan masyarakat cina terkini yang cuba menidakkan budaya yang dikatakan konservertif. Namun ianya ada baiknya lantaran penerapan kerajaan Malaysia yang inginkan masyarakat bersatu padu, tidak berpuak dan menidakkan prejudis kaum walaupun Malaysia sendiri masih mengamalkan politik komunalisme dalam kempen  pilihanrayanya.

Sejarah awal perjuangan China.

            Dalam sejarah, kita mengetahui selain Mesir dan India, Negara China adalah Negara yang kuat berpegang dengan sistem monarki. Hal ini berlaku kerana masyarakat China menganggap Raja mereka mendapat mandat (sistem teokrasi) daripada tuhan langit (tian). Sebarang penyelewengan akan ditentang serta digantikan dengan dinasti daripada keluarga yang lain. Sistem feudal dan monarki adalah suatu sistem yang memang sukar untuk mencapai kemakmuran secara sekata. Selalunya monarki akan membahagikan masyarakatnya dengan golongan bangsawan (golongan separa pemerintah), golongan borjois (golongan intelek, seniman, pengkarya, pemikir serta tenokrat), golongan proletar (golongan petani dan buruh) serta golongan hamba (pariah). Sistem monarki adalah sistem yang menyelesaikan masalah Negara tetapi tidak rakyatnya. Selalunya dalam setiap kaum ada ideologinya, ada pendapatnya dan ada perjuangannya. Apabila sistem monarki semakin menekan golongan tertentu hasilnya adalah perjuangan ideologi berteras kepada ras masyarakat akan terhasil.

Kemunculan Pejuang Bangsa

Sejak kurun berkurun, Tanah Besar China selalunya akan diidami oleh kerajaan sekelilingnya. Sejarah juga menyaksikan bangsa cina terlalu kuat untuk dijajah melihat kepada seni mempertahan dirinya, kemahiran membuat senjata, semangat kebangsaannya (jika ditiup), permukaan bumi China serta strategi lainnya. Bangsa tentera utara selalu mencuba untuk menjajah (dinasti Song) namun masih dapat dipertahan dengan tiupan semangat oleh Puteri Song. Bangsa Monggolia (tentera Tartar) yang zalim, barbarian yang telah berjaya menjajah Baghdad (Abbasiyah), berjaya dikalahkan oleh China.

            Namun pada penghujung Dinasti Ming, Kerajaan Manchuria berjaya menjajah China dengan bantuan oleh tentera British ang ingin menjadikan Dinasti Manchu sebagai boneka.Dalam Filem-filem China kita boleh menyaksikan sejarah Wong Fe Hong dan sejarah penentangan kumpulan The Boxer dan Teratai Merah /putih terhadap Manchu. Kuih bulan disebar dengan terselit nota di dalam kuih itu yang menyatakan kepentingan melawan kerajaan Manchu dan British. Akhirnya Manchu musnah kerana doktrin menyeluruh ini.
Permaisuri yang memerintah Manchu terlalu lemah dan diperalat oleh British. Pada saat ini ramai anak China yang berhijrah ke Britain dan Amerika Syarikat untuk belajar serta mengambil pengalaman politik disana. Diantaranya adalah Dr. Sun Yat Sen, seorang rakyat bawahan yang melihat sendiri penderitaan bangsanya akibat dasar pecah dan perintah serta sikap Manchu yang selalunya menyebelahi kaum bangsawan feudal. Sun Yat Sen lantaran ilmunya mula menjadi golongan borjois, di hina kerana memperjuangkan budaya celik politik dan ilmu dikalangan rakyat. Beliau membawa gagasan demokrasi ala British. Tetapi kenapa British tidak menyenanginya? Sedangkan British mengaku membawa sistem yang adil iaitu demokrasi ke negara kolonialnya? Ini juga berlaku kepada Amerika sekarang yang mengaku membawa sistem demokrasi di Iraq dan Afghanistan menggantikan sistem diktator.

            British tidak menyenanginya akibat sikap nasionalisnya yang amat tinggi dan kuat untuk merdeka serta dasar keilmuannya itu. Namun dengan bantuan ketenteraan China, Revolasi berlaku pada 1911 dimana Parti Kuomintang China ( Dr Sun Yat Sen) berjaya memenangi revolusi. Kemenangan ini tidak membawa kemakmuran sejati kerana ekonomi yang lemah selain pengaruh tentera yang amat kuat. Beliau melancarkan Organisasi Rakyat China Seberang Laut untuk mendapatkan dana dan sokongan. Beliau juga melaksanakan sistem sanguinis-soli iaitu sesiapa orang Cina yang lahir di luar China asalkan keturunannya Cina, maka akan menjadi rakyat China secara tidak langsung. Untuk menguatkan negaranya kembali, Yat Sen telah membenarkan  Parti Bolshevik (Komunis) Rusia membuka cawangan Komunisnya di  China. Akibatnya ramailah komunis yang menjadi ahli Parti Koumintang. Namun, apabila munculnya Mao Tze Dong, pengikut ideologi Komunis unggul aliran Stalin (Stalin lebih praktikal dan kejam daripada pendapat Marx dan Lenin ketua revolusi Komunis Russia), Mao inginkan kekuatan partinya sendiri, maka beliau telah melancarkan peperangan kepada puak Koumintang(kebangsaan) sehingga Chiang Kai Shek (pengganti Yat Sen) berundur ke Taiwan (menjadi negara baru).

Masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Masyarakat Cina di tanah Melayu datang ke Tanah Melayu dengan pembawaan kerajaan British yang memerintah China (Boneka). Walaupun ada yang telah lama datang unuk berdagang sejak zaman Portugis dan Belanda. Mereka datang secara kelompok yang besar dan terdiri daripada golongan proletar yang bijak bekerja, rajin dan berkemahiran tinggi. Lantaran itulah keturunan mereka sehingga kini rajin dan pandai. Mereka diminta memakmurkan Tanah Melayu melalui aktiviti ekonomi melalui sistem pecah dan perintah. Jurang besar antara Melayu India dan Cina di sini memanglah membawa persengketaan kecil tetapi tidak terlalu serius. Mereka aman dan damai.
            Persengkataan mula kronik apabila kehadiran Jepun di Tanah Melayu pada sekitar Februari 1942. Adakah tidak adanya Jepun sebelum itu? Masyarakat Jepun telah lama bertapak di Tanah Melayu dengan menjalankan ekonomi sebagai tukang gambar, tukang basikal dan tidak kurang juga menyamar sebagai masyarakat China (tonton Filem Leftenan Adnan untuk mendapat gambaran jelas). Ada yang ikhlas berkerja di Malaysia tetapi ada yang menjadi perisik Jepun di Tanah Melayu. Mereka akhirnya menjadi Pegawai tentera Jepun di Tanah Melayu apabila sistem kerahan tenaga Di Jepun dilaksanakan mengenangkan bakat dan pengalaman mereka di Tanah Melayu.
         
Hubungan China dan Jepun.

            Selepas mengadakan pemulihan Meiji, Jepun yang asalnya orthodoks dan menutup dasar luar telah membina empayar kekuatan dengan bantuan British, Amerika dan Itali. Tetapi selalunya orang baru kuat inin akan ingin mencuba kekuatannya. Maka dibatalkan perjanjian ekonomi dengan Britain dan Amerika selain cuba menjajah tanah empayar British di China. Jepun menang apabila berlawan dengan Rusia yang besar daripadanya. Jepun berjaya menjajah Korea, memusnahkan sosial Korea dengan menjepunkan Korean, berjaya melanggar China pada 1937. Jepun apabila menjajah, akan cuba menjepunkan masyarakat lain. Ini terbukti apabila pegawai tentera Jepun selalunya terdiri daripada orang Taiwan (bengis dan anti Islam) dan Korea yang kejam dan suka merogol orang lain (Lihat Filem Paloh untuk mendapat view hidup). Kerana itulah rakyat Malaysia yang belajar di Jepun semasa perang tidak percaya apabila diceritakan kekejaman Jepun, kerana rakyat jepun terkenal denga sikap sopan santunnya. Mereka berani dan kejam kerana ditekan oleh Maharaja. Terlalu takut dan hormatkan Maharaja mereka. Masyarakat Taiwan dan Korea turut menjadi kejam dan jahat akibat penindasan kaum mereka. Mereka terpisah bertahun-tahun dengan sanak saudara dan isteri. Rogol menjadi solusi bagi mereka.
            Jepun berdendam dengan orang Cina kerana mereka menentang Jepun dari luar kerana dasar sanguinis-soli Yat Sen yang telah diterangkan tadi. Mereka menindas bangsa China begitu teruk kerana bangsa cina terkenal dengan sikap chauvinis mereka serta berbangga dengan tamadun mereka yang tinggi serta berjaya mempengaruhi tamadun Jepun dan Korea. Jepun pernah menganggap China sebagai 'Guru" mereka yang mengajar erti beragama, tulisan, ilmu, sains dan kehidupan, selain seni mempertahan diri. Jepun bencikan Cina juga akibat sukarnya untuk mereka menjajah Cina kerana permukaan buminya yang sukar telah mengorbankan beribu-ribu tenteranya.
            Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, perkara pokok yang dilakukan ialah membasmi sokongan rakyat Cina kepada negara asal mereka. Mereka dibunuh beramai-ramai. Terlalu ramai dan kejam. Dalam masa 2 hari Jepun membunuh 12000 Cina di Singapura. Tidak termasuk pembunuhan beribu-ribu Cina di Pulau Pinang dalam masa beberapa jam sahaja mendarat di sana. Tatoo pengenalan anggota Koumintang di Tanah Melayu pada badan Chinese di kenalpasti dan mereka diseksa sebelum dibunuh dengan dikuliti kepala mereka, dipaksa meminum air sabun sebelum dipijak beramai-ramai sehingga pecah telinga dan mata Cina tersebut.
            Sebelum itu, selepas lawatan Dr Sun Yat Sen di Tanah Melayu, Parti Koumintang berjaya membina cawangan di Tanah Melayu selain ideologi Komunis yang baru bertapak. Koumintang dan Komunis dilatih oleh Spencer Chapman (pegawai British Singapura) untuk menjadi gerilla di dalam hutan sepanjang pendudukan Jepun, selain menjadi sumber maklumat kepada British. Mereka di latih selama 2 minggu di 101 Special Training School menggunakan senjata biasa British (sebenarnya dalam perang dunia Kedua British tidak bangunkan senjata barunya kerana terkejut dengan pengistiharaan perang oleh Jepun. Selain itu mereka lebih menumpukan kekuatan di Eropah untuk menentang kemaraan Jerman)
            Cina yang terkenal dengan kepuakannya mula berbunuhan sesama sendiri iaitu Komunis berperang dengan Koumintang selain bersama menentang Jepun sedikit sebanyak. Lihatlah dimana persengketaan lama di Tanah Besar China tidak dilupakan sebaliknya diambil kesempatan senjata Brtish untuk berperang sesama mereka. Tentera MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Komunis berbintang 3 sebaliknya MPAJA Koumintang berbintang 1.

Melayu dan Cina tersepit

            Apabila Jepun mengambil alih kesemua pejabat pemerintah Tanah Melayu, selain bendera Britain dibuang, segala perkataan English diganti dengan perkataan Jepun dan perkataan Melayu Indonesia ala Belanda. Orang melayu yang dulunya bekerja dengan gomen(kerajaan) mula masuk kerja. Polis pada zaman British menjadi Kempetai iaitu polis tentera Jepun. Kempetai diarah untuk membunuh masyarakat Cina selain menangkap gadis cina yang mirip jepun untuk dijadikan sajian pegawai tinggi mereka. Melayu menjadi mangsa kebencian Komunis dan Koumintang. Dalam diam mereka melancarkan sabotaj dan pembunuhan kepada kaum melayu ( Tonton Filem Embun dan Paloh).
Cina di Singapura (orang awam) yang tidak terlibat dengan gerila (masyarakat borjois) tersepit dengan sikap Jepun. Oleh itu Pegawai Jepun terkenal dengan kebaikannya iaitu Sinozaki telah mencadangkan penubuhan kesatuan Cina yang pro Jepun untuk menyelamatkan rakyat cina. Komunis melihat pertubuhan ini sebagai ancaman kepada mereka. Lalu mereka membunuh orang cina yang menjadi pertubuhan baru ini. Lihatlah bagaimana deritanya orang cina awam zaman ini. Dapatkah kita melihat penderitaan nenek moyang chinese yang ada disekitar kita kini? Hanya sejarah yang akan membuka hati kita. Komunis bukan anti melayu. Tetapi sanggup membunuih bangsanya sendiri demi anti Jepunnya. Sebenarnya Komunis adalah anti empirelisme (Jepun dan British) tetapi apabila mereka mendapat kuasa di China pada 1949 mereka lebih zalim terhadap bangsa jajahan mereka. Terserlah kini ideologi manusia memang zalim. Kerana itulah Alah menyatakan dalam surah Al Maidah akan kezaliman kita apabila kita tidak melaksanakan hukum Allah.
Melayu pula bukanlah ikhlas sangat bekerja dengan Jepun, terpaksa bermusuhan dengan etnik lain di negara ni. Inilah bahananya penjajah! (memang menjadi doktrin British sebelum itu, orang melayu hanya layak makan gaji bukannya berdikari)
Jepun meninggalkan Tanah Melayu dengan 1001 persengkataan. Bintang Tiga dan Bintang satu (Koumintang) mula membunuh orang selama 14 hari. Lihatlah keadilan alam ini!
Dari sini kita boleh melihat kehadiran penjajah dengan hasrat mereka telah memecah belahkan kaum di negara ini dan barah ni dicetus semula pada pilihanraya 1969 (13 Mei). Etnik yang asalnya baik dan bersopan santun sesama sendiri, akhirnya menyimpan dendam yang panjang dan terasa perbezaan rasial ini sehingga kini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

TEMUDUGA EKONOMI


Pada 23/10/2014, kami telah menemu bual beberapa respoden yang terdiri daripada kaum cina yang telah berumur bagi berkongsi pengalaman tentang ekonomi yang diamalkan oleh orang cina pada zaman mereka. 
Hasil yang kami peroleh digunakan sebagai rujukan dalam tugasan ini.



TEMUDUGA ORANG CINA DARI SEGI EKONOMI



PN. NG MEI LEE, 67 , YONG PENG,JOHOR
PERNAH BEKERJA SEBAGAI PENOREH GETAH
 1) Adakah masyarakat cina dahulu menggunakan buku rekod untuk tujuan kira-kira?

Ada untuk kira keuntungan dan simpanan/modal

2)Apakah alat yang digunakan untuk tujuan kira-kira pada zaman dahulu?

Abakus digunakan oleh orang cina sebelum kalkulator

3)Dalam kegiatan ekonomi (pekerjaan) apakah amalan & kepercayaan orang cina?

Tiada apa-apa amalan yang dilakukan tetapi mesti ikut kesesuaian dan permintaan ramai


4)Bagaimana pula dengan kucing yang bewarna emas yang sering kali dilihat di premis-premis perniagaan orang cina?



Patung itu dikenali Maneki Neko. Sebenarnya patung tersebut berasal dari Jepun. Patung tersebut dianggap sebagai simbol keberuntungan dan kemakmuran.

5)Apakah perbezaan antara orang cina & orang melayu berniaga?

Orang cina ikut permintaan/ ikut keperluan hidup










1)Jelaskan tradisi yang dipegang semasa berniaga?


MR.TAN EN YUEN , 58 , PONTIAN,JOHOR
BEKERJA SEBAGAI PENGEDAR AIR MINUMAN


Tradisi biasanya diikut secara turun-temurun,biasanya diajar atau belajar dari ibu bapa sendiri

2)Biasanya orang cina memulakan perniagaan macam mana?

Permulaan berniaga selalunya dari modal yang kecil seperti kedai runcit ataupun gerai makan.Jika terdapat keuntungan besar akan membuat perniagaan lain yang memerlukan modal yang lebih besar.

3)Adakah berniaga merupakan sebahagian daripada cara hidup orang cina contohnya dididik dari kecil?

Ya,biasanya berniaga sejak kecil kerana zaman dahulu ibu bapa tidak mampu memberi pelajaran di sekolah untuk semua anak dalam satu keluarga. Jadi, dengan berniaga anak-anak mampu berdikari dan belajar dari ibu bapa.

4)Adakah perniagaan perlu diwarisi ahli keluarga?

Perniagaan tidak perlu diwarisi tetapiikut keluarga itu sendiri.Jika perniagaan besar, diwarisi secara turun-temurun. Jika perniagaan yang kecil, ada juga yang menjadi besar dan seterusnya diwarisi oleh anak-anak atau cucu-cucu








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SUMBANGAN POLITIK CHINA

Pada 28/10/2014, kami telah membuat beberapa kajian tentang sumbangan Tamadun China Hwang Ho melalui interrnet serta nota-nota dan buku-buku sejarah. Hasil yang diperoleh telah kami gunakan sebagai isi-isi di blog kami.

SUMBANGAN POLITIK TAMADUN CHINA



Pada awal ketamadunan China Hwang Ho, sistem politik berdasarkan pemerintahan China kuno iaitu pemerintahan beraja atau maharaja yang menjadikan raja/maharaja terlatak pada kedudukan teratas dalam sistem hierarki politik dan struktur sosial serta menjadi kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.Maharaja merupakan ketua pemerintah tertinggi negara yang berkuasa mutlak dan berkuasa penuh dalam semua aspek yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Rakyat akan dijatuhkan hukuman yang berat sekiranya ingkar menurut segala perintah. Maharaja China juga menjadi ketua perundangan, eksekutif, & kehakiman. Bagi melicinkan pentadbiran Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi.Terdapat 6 orang pembesar kanan. Maharaja juga menubuhkan jabatan khas  iaitu Jabatan Penapis sebagai mata dan telinga dan maharaja. 
Selain itu, maharaja juga berperanan dalam melantik golongan pembesar sama ada pembesar pusat mahupun wilayah. Perlantikan ini dijalan secara peperiksaan iaitu lulus dalam peperiksaan awam China pada peringkat pusat, wilayah dan kampung.Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti juga diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20. Konsep ini berdasarkan prinsip Confucianisme.


Maharaja China juga berperanan dalam pengubalan undang-undang. Sistem perundangan yang digubal akan memastikan kedudukan maharaja terjamin sebagai pemerintah berkuasa mutlak dan untuk memastikan negara sentiasa aman dan selamat. Maharaja juga menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh. 

Maharaja bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara dengan bantuan golongan pembesar yang berperanan dalam bidang keselamatan terutama sekali golongan bangsawan dan juga tentera.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SUMBANGAN EKONOMI CHINA

Pada 30/11/2014, kami telah mengumpul beberapa maklumat tentang sumbangan ekonomi terhadap tamadun China pada awal perkembangannya. Maklumat yang dikumpul diperoleh dari internet, bahan bacaan seperti buku teks sejarah tingkatan 4 dan nota-nota tambahan.






SUMBANGAN
Dalam bidang ekonomi, peringkat awal tamadun China lebih mendorong kepada kegiatan pertanian. Hal ini demikian kerana lokasi penempatan yang berdekatan dengan sungai, seperti Sungai Kuning. Ekonomi yang utama adalah pertanian dan diikuti dengan ekonomi sampingan seperti kegiatan berburu, penternakan dan industri logam, arang batu dan teksil. Masyarakat tamadun China menanam padi sebagai tanaman utama mereka dan pertanian telah menjadi asas ekonomi Negara China sejak kewujudan tamadun


Sungai Kuning sebagai tempat masyarakat tamadun China mendapatkan sumber
Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun China

Sumbangan tamadun China dalam kemajuan pertanian sehingga kini adalah :
1.      Memperkenalkan batas untuk kaedah penanaman
2.      Penciptaan alatan pertanian seperti tajak, cangkul, penyisir tanah dan tenggala untuk membuat batas
3.      Pembinaan sistem pengairan yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dan mengawal banjir
4.      Sistem parit yang mengasingkan tanah padi kepada petak-petak sawah yang kecil
5.      Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
6.      Kawasan bukit diteres untuk pertanian contohnya pada zaman Dinasti Shang
7.      Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah. Kolar kuda dapat menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa mencekik leher kuda dan tidak mengganggu kelajuan larian kuda.

Batas untuk tujuan penanaman
Kereta kuda dan kolar kuda untuk tujuan peperangan dan pertanian 


Jenis kolar kuda untuk menarik beban dan kereta kuda

Tajak dan tenggala kayu

Kawasan bukit yang diteres untuk tujuan penanaman 

Rantaian timba untuk melancarkan sistem pengairan

Sumbangan Tamadun China dalam mengusahakan ekonomi tekstil adalah :
1.      Mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara luar seperti India, Rom dan Sri Lanka semasa Dinasti Han
2.      Menghubungkan Jalan Sutera Darat ( Silk Road ) untuk mengeksport kain sutera
3.      Penciptaan kincir menenun


Jalan Sutera Darat yang menghubungkan China dan negara luar

Kaedah untuk membuat sutera

salah satu sutera yang dihasilkan oleh masyarakat tamadun China

Antara sumbangan Tamadun China dalam industri logam adalah :
1.      Penukaran alatan pertanian daripada kayu kepada besi
2.      Perusahaan membuat tembikar dan logam

senjata yang dihasilkan daripada logam oleh masyarakat tamadun China
Tamadun China yang membangun telah banyak membuat peningkatan untuk jaminan ekonomi seperti penggunaan baja organik, menanam lebih dari dua tanaman pada tanah yang sama, mengeksport hasil ekonomi ke Negara luar dan mengembangkan lebih banyak lagi ekonomi sampingan.




KESAN

Perkembangan ekonomi tamadun China memberi kesan kepada dunia hari ini dan tamadun China sekarang lebih maju dan produktif dalam ekonomi mereka. Penciptaan dan mengadakan perhubungan dengan kuasa luar memberi kesan yang besar kepada Tamadun lain dan China sendiri. Antara kesan perkembangan perusahaan ekonomi dalam tamadun China adalah :
1.      Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar, tetapi didagangkan ke negeri China sendiri
2. Masyarakat China dapat meneruskan legasi turun temurun dalam ekonomi pertanian dan perdagangan
3. Hasil dapatan daripada kegiatan ekonomi dapat diteruskan dan menampung keperluan sesebuah 
masyarakat




NILAI POSITIF YANG BOLEH DITERAPKAN DALAM GENERASI SEKARANG

Sebagai generasi muda yang akan menggerakkan sesebuah tamadun untuk menjadi lebih baik, banyak cara yang boleh diberikan bagi memantu menigkatkan hasil pertanian Negara. Antaranya adalah :
1.      Meningkatkan ilmu dalam bidang pertanian seperti mengambil kursus sampingan dalam ilmu berkaitan teknologi pertanian sebagai manfaat kepada tanah
2.      Membeli hasil produk berasaskan hasil pertanian tempatan
3.      Member persepsi positif tentang pertanian adalah salah satu perniagaan yang memberi kebaikan
4.      Membuat inovasi terhadap teknologi pertanian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS